Mengenai Masjid Putra
Masjid Putra atau dikenali sebagai Masjid Pink, adalah masjid utama di Putrajaya. Lokasi terletak di sebelah Perdana Putra (kediaman office Perdana Menteri Malaysia) dan Tasik Putrajaya. Dataran di hadapan Masjid Putra menjadi tarikan untuk semua orang dan pelancong untuk bersantai.Dataran itu dikelilingi dengan kibaran bendera-bendera negeri Malaysia.
Untuk makluman, Jakim telah memperkenalkan permohonan untuk kebenaran berkahwin melalui atas talian (online). Pada masa ini, kemudahan ini hanya untuk Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan. Namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.
Bagi mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan, boleh memohon kebenaran untuk berkahwin di laman web ini http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline.
Jika anda berjaya mendapat kebenaran dari jabatan agama negeri untuk berkahwin di Masjid Putra, anda boleh rujuk langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Bawa borang kebenaran berkahwin yang telah lengkap dan sah untuk berjumpa dengan pegawai di Masjid Putra.
- Langkah 2: Pergi berjumpa dengan pegawai berkenaan di pejabat. Cara untuk pergi adalah seperti di bawah:
- i- Office Pegawai Nikah terletak di belah kanan Dewan Solat Utama. Dari pintu masuk utama masjid, lift ke pejabat terletak di sebelah kanan (seperti digambar bawah).
- ii- Ambik lift di sini untuk ke pejabat
Simbol Bintang: Tanda lokasi lift |
- iii- Berjumpa dengan guard di depan office dan isi info anda dibuku pelawat.
- Langkah 3: Beri borang seperti dikatakan di atas dan isi borang Borang Permohonan Majlis Akah Nikah di Masjid Putra, Putrajaya
- Langkah 4: Pegawai akan check availability time slot. Jika tiada masalah, anda perlu membuat bayaran RM100 untuk sewa penggunaan tempat (sila rujuk kepada tajuk no.2 Harga di bawah). Kemudian, pegawai akan cop approval dan memberi resit.
Harga adalah RM100. Harga itu termasuk sewa peralatan nikah seperti:
- Sewa ruang nikah
- Tempat duduk pengantin wanita (bantal)
- Plate penanda (juru nikah, pengantin wanita, pengantin lelaki, wali dan saksi)
- Mic & speaker
- Carpet untuk juru nikah, pengantin wanita, pengantin lelaki, wali dan saksi
Contoh majlis akad nikah yg sedang berlangsung |
3. Info Susunan Majlis Nikah
Majlis Nikah akan diadakan di ruang solat utama. Setiap time slot, ada 1-3 pasangan yang nikah serentak. Tapi kebiasaannya, hanya 1 pasangan untuk 1 slot. Oleh itu, pasangan itu dapat nikah di slot no.1.
Tepi bergantung juga pada bilangan pasangan bernikah pada slot berkenaan; pasangan yang dinikahi oleh juru nikah Imam Besar Masjid Putra akan mendapat slot no. 1 (tempat imam solat) seperti gambar di atas. Pasangan lain pula akan dapat di no.2 dan no.3.
4. Maklumat Mengenai Akad Nikah
Ruang Udara
Pihak masjid akan sediakan satu atau dua standing fan di ruang akad lelaki. Air con tidak akan dibuka semasa majlid akad nikah berjalan.
Untuk udara yang lebih nyaman, anda boleh memilih slot pertama selepas waktu Zuhur kerana air con akan ditutup selepas selesai solat.
Juru Nikah
Biasanya juru nikah akan disediakan oleh pihak masjid.
Juru nikah boleh terdiri daripada pegawai JAWI, imam besar, pegawai dari Masjid Putra atau pihak kamu boleh lantik juru nikah juga.
Selepas selesai majlis akad nikah, pengantin lelaki bertanggung jawab untuk membayar upah juru nikah sekurang-kurangnya RM100 (lebih baik beri lebih daripada itu).
Saksi
Akad nikah perlu ada 2 saksi. Untuk mengelak kemusykilan dan masalah dalam akad nikah, adalah DISYORKAN menggunakan saksi daripada JAWI. Saksi ini akan dibawa sendiri oleh juru nikah.
Selepas selesai majlis akad nikah, pengantin lelaki bertanggung jawab untuk membayar upah kedua-dua saksi sekurang-kurangnya RM50/pax (lebih baik beri lebih daripada itu).
5. Apa yang anda perlu consider sebelum memilih Masjid Putra sebagai tempat akad nikah anda?
List Caterer Masjid Putra

- Agak panas
- Ruang akad nikah terletak di ruang solat utama dan agak tertutup. Tiada air con akan dipasang ketika waktu akad. Oleh itu, agak panas sedikit.
- Lighting
- Jika ingin slot pada waktu malam, lighting agak rupa oren & pink sedikit. Seperti gambar di bawah. Jika ingin shooting video outdoor di tempat itu, lighting agak terhad.
- Tempat jamuan makan
- Jamuan makan untuk tetamu akan berada di lantai. Seperti gambar di bawah. Tetapi jika pihak anda mempunyai warga emas/orang kurang upaya, boleh request untuk meja dan kerusi hanya untuk pihak sana.
- Caterer (sila refer pada list di bawah)
- Pihak Masjid Putra boleh memberikan ada list of caterer yang biasa cater di Masjid Putra. Jika anda lagi sukakan caterer pilihan sendiri, tiada masalah. Tapi make sure mereka perlu communicate dengan pihak masjid terlebih dahulu (parking kenderaan caterer mereka, pintu masuk, ruang simpan/sedia makan minum).
- Parking
- Tiada designated parking untuk tetamu dan pengantin. Kadang-kala, parking slot adalah terhad kerana event/pelawat yang datang untuk bersantai di dataran luar masjid.
- Tourist
- Ramai tourist pada waktu pagi dan weekend. Crowd mungkin agak padat dan parking boleh jadi terhad.
6. Kebaikan memilih Masjid Putra sebagai tempat pilihan majlis nikah anda
- Arkitektur yang cantik dan unik
- Warna merah jambu (pink) yang unik dan konsep rekabentuk adalah berdasarkan senibina Morocco dan Baghdad. Manakala ukirannya adalah diinspirasikan oleh rekaan Parsi.
- Dikelilingi Tasik Putrajaya
- Majoriti kawasan masjid ini adalah terletak di atas tasik. Ia membuatkan Masjid Putra ini seakan-akan terapung di atas tasik. Pemandangan dari dewan solat dan keliling adalah "lake view".
- Tarikan tourist
- Masjid Putra adalah masjid pilihan tourist diserata dunia untuk lawat. Apabila anda beritahu mereka Putra Mosque adalah tempat majlis akad nikah anda, mesti mereka akan tahu.
- Masjid Putra memberikan perasaan tenang dan anggun
- Rekabentuk Masjid Putra adalah dikatakan klasik dan sangat islamic. Mengadakan majlis akad nikah di sini akan jadi sangat bermakna anda dan keluarga anda!
- Professional
- Kakitangan Masjid Putra adalah professional dan sangat membantu. InsyaÁllah mereka akan sama-sama membantu anda untuk menjayakan majlis anda yang bermakna ini.
- Lokasi
- Lokasi ia adalah sangat strategik dan senang untuk pergi. Selain itu, Masjid Putra ini dikelilingi dengan tempat-tempat photoshoot kahwin yang terindah sekali.
7. Perkara yang anda perlu titik berat semasa mengadakan majlis di Masjid Putra
Perkara di bawah adalah adab seperti berada di masjid lain. Tetapi anda perlu lebih titik beratkan kerana peraturan di Masjid Putra adalah agak lebih ketat dibandingkan dengan masjid lain.
Perkara di bawah adalah adab seperti berada di masjid lain. Tetapi anda perlu lebih titik beratkan kerana peraturan di Masjid Putra adalah agak lebih ketat dibandingkan dengan masjid lain.
Pakaian pengantin perlu menutup aurat dan tidak lutsinar
Dress code adalah antara peraturannya yang ketat itu. Jika anda tidak mengikut peraturan dress code, iaitu menutup aurat dengan kemas; anda akan dipanggil untuk memakai jubah masjid (robe). Oleh itu, pakailah pakaian menutup aurat dengan kemas dan tidak lutsinar. Tidak syoklah jika pengantin/tetamu perlu pakai robe masjid kan? 👎
Adab di Masjid
Masjid itu dikawal ketat oleh guard masjid. Pastikan pengantin dan tetamu semua ikut adab di masjid. Seperti tidak membuat bising, matikan bunyi telefon, kanak-kanak tidak berlari sana-sini dan lain lain.
Tetamu perempuan dan lelaki duduk berasingan
Perempuan dan lelaki perlu duduk berasingan. Boleh lah keluarga pengantin perempuan dan lelaki merapatkan silaturahim apabila duduk bersama-sama ketika berasaingan lelaki perempuan itu.

8. Gambar di Masjid Putra
Gambar pada waktu siang (diambil menggunakan iphone)
Arkitektur yang cantik dan unik |
Pandangan dari atas |
Karpet yang bersih, cantik dan tebal. Seakan-akan karpet di Masjid Nabawi |
Gambar pada waktu malam (diambil menggunakan iphone)
Entrance Masjid Putra |
Luar ruang solat utama. Tempat jamuan makan selepas akad nikah |
Tempat jamuan makan selepas akad nikah |
List Caterer Masjid Putra
No.
|
Nama
Syarikat
|
Nama
Pembekal
|
No
Telefon
|
1
|
Jasmiah Catering
|
Pn Siti / Jas
|
017-6141 481 / 016-241 6409
|
2
|
Impian Rasa
|
En. Syukor
|
019-3553 057
|
3
|
Eila Catering
|
Pn. Norfazilah
|
019-3049 972
|
4
|
SJ Catering
|
En. Sayed
|
019/3296 318 / 03-9171 3034
|
5
|
Dapur Ummi
|
Pn. Ain
|
014-2390 743
|
Contact Masjid Putra
Alamat: Masjid Putra, Presint 1, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8888 5678
Untuk mengetahui mengenai Masjid Putra lebih lanjut:
https://mia-twit.blogspot.com/2018/10/vising-putra-mosque.html
Untuk mengetahui mengenai Masjid Putra lebih lanjut:
https://mia-twit.blogspot.com/2018/10/vising-putra-mosque.html